IKAN BILIS KOPEK GRED A- BERSIH DAN SEDIA DIMASAK

IKAN BILIS KOPEK GRED A- BERSIH DAN SEDIA DIMASAK

    Mengapa Anda Perlu Rasa Ikan Bilis Ini?    


Ikan bilis kopek Gred A ini sangat popular di negara jiran, ramai yang mencubanya tetapi masalahnya tidak boleh membeli dalam kuantiti yang sedikit kerana kos penghantaran yang tinggi dan pengurusan. Jadi kami  bersedia membantu sesiapa yang ingin mencuba dan merasa ikan bilis ini dengan membuat penghantaran ke depan pintu rumah walaupun kuantiti pembelian bermula dengan hanya 100 gram sahaja.




Kandungan Berkhasiat di dalam Ikan Bilis

Sumber Protein yang Tinggi Kalsium
 (sumber: https://rootofscience.com/)

Ramai pasti menyangka bahawa kalsium hanya boleh diperolehi daripada susu ataupun produk tenusu semata-mata. Namun, apakah alternatif lain yang boleh diambil jika seseorang individu alah kepada susu dan juga produk tenusu?

Berdasarkan Recommended Nutrient Intake for Malaysia, 2017, ikan bilis adalah merupakan salah satu sumber protein haiwan yang mempunyai kandungan kalsium yang tinggi (100g ikan bilis mengandungi 500mg kalsium).

Memandangkan ikan bilis biasanya dijadikan sebagai hidangan penambah (condiment) seperti sambal dan sebagainya, jumlah pengambilan dalam satu hidangan pastinya adalah sedikit sahaja. Tetapi, ianya tetap boleh dijadikan sebagai salah satu kaedah untuk individu meningkatkan pengambilan kalsium di dalam diet seharian.

Seperti yang kita sedia maklum, kalsium adalah komponen nutrien yang sangat penting terhadap fungsi biologi tubuh. Antara kepentingan kalsium adalah mengekalkan dan menyokong tahap kesihatan tulang, terlibat di dalam proses pengecutan otot dan juga sistem saraf.  

10 Khasiat Ikan Bilis kepada Kesihatan

1. Penambah Rasa Semulajadi
2. Kaya Sumber Omega 3
3. Pilihan Lain bagi Sumber Protein
4. Tinggi Kandungan Selenium
5. Mengurangkan Risiko Penyakit Kardiovaskular
6. Kesihatan Kulit
7. Menyokong Kesihatan Mata
8. Kaya dengan Zat Besi
9. Anti Keradangan
10. Membaiki Kerosakan Tisu

Kesimpulan

Ikan bilis merupakan salah satu daripada sumber protein yang menyediakan pelbagai jenis kebaikan. Namun begitu, pengambilan yang sederhana dan pelbagai di dalam diet harian adalah lebih disarankan. Bagi individu yang menghidap penyakit kronik, anda dinasihatkan untuk mendapatkan saranan daripada doktor terlebih dahulu.

Rujukan

  1. R. Ciriminna et al., “Omega-3 Extraction from Anchovy Fillet Leftovers with Limonene: Chemical, Economic,  and Technical Aspects.,” ACS omega, vol. 4, no. 13, pp. 15359–15363, Sep. 2019
  2. Z. Arsad, N. Baine, and M. Johor, Recommended Nutrient Intakes for Malaysia. 2010.
  3. S. K. Raatz, J. T. Silverstein, L. Jahns, and M. J. Picklo, “Issues of fish consumption for cardiovascular disease risk reduction,” Nutrients, vol. 5, no. 4, pp. 1081–1097, 2013,
  4. M. Zasada and E. Budzisz, “Retinoids: Active molecules influencing skin structure formation in cosmetic and dermatological treatments,” Postep. Dermatologii i Alergol., vol. 36, no. 4, pp. 392–397, 2019,
  5. T.-H. Huang, P.-W. Wang, S.-C. Yang, W.-L. Chou, and J.-Y. Fang, “Cosmetic and Therapeutic Applications of Fish Oil’s Fatty Acids on the Skin.,” Mar. Drugs, vol. 16, no. 8, Jul. 2018
  6. E. J. Johnson, “Nutrients for the aging eye,” pp. 741–748, 2013.
  7. P. C. Calder, “Omega-3 fatty acids and inflammatory processes: from molecules to man.,” Biochem. Soc. Trans., vol. 45, no. 5, pp. 1105–1115, Oct. 2017,




    Video Pengemar Masakan Ikan Bilis    




 




"Add On"  Sambal Berapi Ixora



Nota: 

1. Harga sudah  termasuk kos penghantaran  seluruh negeri di  Semenanjung Malaysia
2. Sambal Berapi Ixora ( tanpa ikan bilis )




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
100 grm -Ikan Bilis Kopek Gred A
200 grm - Ikan Bilis Kopek Gred A
199
500 grm - Ikan Bilis Kopek Gred A
193
1000 grm - Ikan Bilis Kopek Gred A
198
Bilis kopek 200g + Sambal Berapi Ixora
10
Bilis kopek 500g + Sambal Berapi Ixora
10
Bilis kopek 1000g + Sambal Berapi Ixora
10
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN