PROGRAM FOOD BANK SEK. PASIR PANJANG P.DICKSON MEMBANTU KELUAGRA PELAJAR TERKESAN PENDEMIK COVID 19

MARILAH KITA MENYUMBANG, DEMI KELUARGA PELAJAR DAN NEGARA
Sejak bermula PKP, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mewujudkan Tabung Bantuan COVID-19. Begitu juga pihak sekolah dan pihak persatuan ibubapa sekolah juga membuat program yang seumpama seperti sekolah Pasir Panjang, Port Dickson Negeri Sembilan juga telah melakukan program food bank untuk membantu ibubapa pelajar yang terjejas kerana pendemik Covid 19. Program ini perlu mendapat sumbangan yang berterusan dari kalangan keluarga pelajar yang berkemampuan, kakitangan sekolah dan juga individu-individu yang bersedia untuk menyumbang. Barang-barang yang diperlukan ialah seperti barang dapur dan keperluan harian. Kebanyakan keluarga pelajar yang tinggal disekitar sekolah kebanyakan bekerja sendiri dan bekerja kampung seperti sebagai nelayan dan petani.
Program food bank ini telah banyak membantu keluarga pelajar yang terjejas, yang mana ibu bapa akan datang kesekolah dan memgambil barang diperlukan yang disediakan di satu ruang dalam perkaran sekolah yang dibantu oleh penyelia sekolah.
Antara kekangan program food bank ini ialah untuk mengekalkan sejumlah barang keperluan ini untuk selama tempoh pendemik Covid 19 ini. Pihak Yayasan Kolej Uniti bersama Koperasi Uniti melihat perkara ini penting dan perlu memberi sokongan kepada pihak sekolah ini. Di sekempatan ini pihak Yayasan Uniti dan Koperasi Uniti menyediakan kempen ini kepada semua busines unit dibawah Uniti Asia dan juga orang ramai untuk memyumbang dalam bentuk wang. Sumbangan dari pihak tuan-puan akan disampaikan kepada pihak sekolah oleh wakil Yayasan Uniti.
Selain itu setiap daripada kita perlu memainkan peranan masing-masing untuk membantu mengekang penularan wabak ini.Terus kekal di rumah, adalah usaha paling penting. Mainkan peranan kita sebaiknya. Ini menunjukkan perpaduan kita rakyat Malaysia. Di samping usaha daripada kerajaan, kita rakyat perlu sama-sama membantu rakyat yang lain, kerana kitalah Malaysia.
SUMBANGAN KITA SANGAT BERMAKNA BUAT MEREKA YANG BERADA DALAM KESEMPITAN
Nota:
Sumbangan berbentuk wang dari tuan-puan ini melalui akaun bank Yayasan UNITI dan akan diserahkan kepada pihak penganjur program food bank sekolah yang menjalankan program ini.
Alamat: YAYASAN UNITI, Menara arina Uniti, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur.
No. Tel: 03-4010 8313
Web: http://www.yayasanuniti.org