Memahami Halal Dalam Industri dan Kehidupan

Memahami Halal Dalam Industri dan Kehidupan
KEPENTINGAN HALAL DALAM KEHIDUPAN!

Kini halal itu bukan hanya isu remeh berkisar soal kaedah penyembelihan atau samada sesuatu bahan itu bebas unsur arak dan babi. Hakikatnya, ia jauh lebih besar dan kompleks daripada itu.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, potensi industri halal dilihat terus berkembang. Halal telah menjadi agenda besar global merentasi sempadan geografi. Walaupun bagi seorang muslim halal adalah berkaitan syariah dan komitmen dalam kehidupan beragama, industri halal kini telah melangkaui kepentingan muslim semata - mata.

Permintaan terhadap produk dan perkhidmatan halal meningkat ketara. Begitulah juga dengan keperluan kepada pensijilan halal bagi mengesahkan standard dan piawaian halal yang diterima secara global. 

Industri halal telah menjadi sumber baharu kepesatan pertumbuhan ekonomi global yang mempunyai nilai pasaran yang dianggarkan sebanyak USD 2.3 trillion pada tahun 2018 dan ianya terus meningkat setiap tahun.

Pensijilan halal bukan lagi satu pilihan sebaliknya satu keperluan yang mesti diutamakan.

Maka tidak hairanlah syarikat-syarikat antarabangsa, multinasional bahkan PKS yang baru menapak sanggup memperuntukkan sebahagian besar modal bagi memastikan produk dan perkhidmatan mereka benar-benar mematuhi piawaian halal ditetapkan


POTENSI INDUSTRI HALAL GLOBAL!

Industri halal kini bukan hanya tertumpu kepada industri berkaitan makanan sebaliknya merangkumi pelbagai sektor perkhidmatan dan barangan keperluan harian. Bukan lagi perkara asing lagi bila kita mendengar tentang kosmetik halal, farmasutikal  halal, logistik halal, pelancongan halal, fesyen halal dan pelbagai lagi sektor ekonomi yang dikaitkan dengan aspek halal. 

Pengeluaran ubat (bunuh) nyamuk, misalnya. Ya, untuk membunuh nyamuk di rumah pun, kita gunakan yang halal. Amacam!

Perkhidmatan menghantar barang (logistik) pun sama. Yang ada pensijilan halal, pasti lebih diyakini. Sudah tentu perkhidmatan mereka jauh lebih dipercayai.

Senang cerita, hampir semua produk dan perkhidmatan kini memerlukan pengesahan dan pensijilan halal!

Perkembangan ini telah mewujudkan perspektif baharu bahkan pekerjaan baharu. Antaranya Pengurus Halal dan Eksekutif Halal.  Dua jawatan penting ini bertanggungjawab sepenuhnya terhadap permohonan dan pematuhan pensijilan halal.

Peranan dan tanggungjawab yang dimainkannya besar. Jadi, besar jugalah imbuhannya!

Berdasarkan maklumat semasa, imbuhan yang ditawarkan pihak industri terhadap dua jawatan ini bukan calang-calang jumlahnya.  Jadi, potensi kerjaya ini dalam industri halal tempatan dan antarabangsa memang terbuka luas!

Ini belum lagi cerita tentang sebuah kedai makan milik peniaga bukan Islam yang mempunyai pensijilan halal.

Perniagaan untung kerana sijil halal yang dimilikinya. Kedai makannya diyakini dan diterima ramai sebaliknya premis dimiliki peniaga Muslim berhampiran yang enggan ambil kisah tentang pensijilan halal, tidak disinggahi pun pelanggan beragama Islam sendiri.

Praktis halal dalam perniagaan serta pensijilan halal pada produk dan perkhidmatan  membina kepercayaan. Halal membawa keuntungan.  pihak berwajib. 

Virtual Halal Summercamp ini menyenaraikan video-video dengan topik-topik menarik berkaitan industri Halal daripada panel pakar dalam isu-isu berkaitan Halal dan Haram.



BERTINDAKLAH SEKARANG!

>> Apakah ilmu diperlukan untuk terlibat dalam komuniti dan ekosistem industri halal ini?

>> Sejauh manakah anda memahami konsep pensijilan halal?

>> Apakah ilmu pengurusan industri halal ini hanya berkaitan syariah semata - mata?

>> Apa pula makna toyyiban di dalam skop dan praktik pensijilan halal?

>> Apakah itu sistem jaminan halal dan  halal critical point dalam proses industri?

>> Apakah cabaran - cabaran utama dalam industri halal?

>> Apa pula pilihan bidang - bidang industri halal yang boleh diceburi?

>> Apakah benar negara - negara bukan Islam lebih terkehadapan di dalam menghasilkan produk halal dan menawarkan perkhidmatan halal?

>> Apa peluang yang ada untuk saya ceburi di dalam industri halal tempatan dan antarabangsa

>> Ingin mendengar sendiri penjelasan dan maklumat - maklumat penting ini daripada pakar-pakar dalam industri halal tempatan?



Bagaimana kita boleh terus mendalami ilmu dan pengetahuan baharu berkaitan halal dalam suasana norma baharu?

Risiko menghadiri kelas fizikal di kala kita semua bimbang ancaman Covid-19?

Kekangan masa untuk belajar dan mendapatkan ilmu baru ?

Tidak mampu kerana kos pembelajaran dan latihan yang tinggi?

Rasa rugi jika terlepas kuliah / sesi pembelajaran?


VIRTUAL HALAL SCHOOL ADA PENYELESAIANNYA!  Ya! VIRTUAL HALAL SCHOOL  yang dikendalikan oleh organisasi pendidikan yang berpengalaman luas dalam pendidikan tinggi dan latihan profesional berkaitan halal  adalah jawapan TERBAIK anda!

Kami mahu anda memahami sepenuhnya isu berkaitan halal melalui

VIRTUAL HALAL SUMMER CAMP 2020  

Virtual Halal Summer Camp 2020 adalah program sulong VIRTUAL HALAL SCHOOL.  Virtual Halal Summer Camp 2020  merupakan program majlis ilmu, percambahan idea dan perkongsian pengalaman oleh pakar-pakar dalam industri halal samada di kalangan akademia, pengamal industri, perunding dan jurulatih bertauliah serta mereka yang berpengalaman dan terlibat langsung  di dalam pembangunan industri halal negara.


KEISTIMEWAAN VIRTUAL HALAL SUMMER CAMP 2020

Bertemakan “Memahami Halal dalam Industri dan Kehidupan” (Understanding Halal in Industry and Life), sesi pembelajaran interaktif secara maya ini dilaksanakan mengikut keselesaan anda terus melalui telefon bimbit dan komputer di rumah atau pejabat!

Tenang, mudah dan selesa. Santai namun berkesan!  Anda tidak perlu hadir ke kelas fizikal, hanya ikuti siri kuliah melalui platform E-Learning kami.

Apa yang  VIRTUAL HALAL SUMMER CAMP 2020  tawarkan kepada anda?

++ Menampilkan 15 tenaga pakar dalam bidang halal

++ 20 sesi perkongsian ilmu, pengalaman, percambahan idea dan input segar

++ 1 sesi forum isu - isu halal semasa

++ Sesi soal jawab secara langsung dan tertunda sepanjang 4 bulan. Bermakna, setiap persoalan anda, pasti terjawab. 

++ Ulangkaji berterusan. Malah, sekiranya anda terlepas siaran pada waktu dan hari yang ditetapkan, anda boleh mengikuti  ulang siar semula, berulang kali.

++ Sesi - sesi BONUS sepanjang Summer Camp berjalan.

Apa yang menarik sebagai pelajar di VIRTUAL HALAL SCHOOL semua kandungan  VIRTUAL HALAL SUMMER CAMP 2020 ini dapat diakses untuk ulangkaji 24 jam selama 4 bulan / 120 hari.





BAGAIMANA TOPIK PEMBELAJARAN DISUSUN?

>> Setiap tenaga pakar yang terlibat secara langsung dalam industri halal tempatan dan negara serantau akan membincangkan pelbagai aspek berkaitan industri halal mengikut kepakaran masing-masing.

>> Samada ianya berkaitan ilmu syariah yang mendasari industri halal, perkongsian berkaitan ekosistem industri halal sehinggalah perbahasan berkaitan isu - isu yang melingkari perkembangan industri halal.

>> Sesi - sesi kuliah ini juga akan memperincikan isu dan kepentingan industri halal tempatan dan antarabangsa.

>> Semasa sesi kuliah berdurasi 45 minit sehingga 1 jam ini berlangsung, anda boleh bertanyakan sebarang soalan berkaitan dan akan dijawab oleh tenaga pakar terlibat.

>> Siri kuliah ini berterusan selama 4 minggu bermula pada 6 Julai sehingga 31 Julai. Setiap minggu ada ada 5 kuliah iaitu satu kuliah pada setiap hari. 

>> Senarai topik beserta jadual waktu siaran melalui platform pembelajaran maya / E-Learning akan dimaklumkan kepada anda.



t      BAGAIMANA PULA JIKA TERLEPAS SESI KULIAH?

Sekiranya terlepas siaran pada waktu dan hari yang ditetapkan, anda boleh mengikuti ulang siar semula pada bila-bila masa mengikut kesesuaian masa dan keselesaan anda sepanjang empat program ini berjalan sehingga 31 Oktober 2020. Malah dalam tempoh ini anda boleh bertanyakan soalan kepada tenaga pengajar berkenaan di segmen rakaman video mereka.

TOPIK TOPIK KULIAH / PERKONGSI AN

       >> Ucap utama Virtual Halal Summer Camp

>> Kepentingan halal dalam kehidupan

>> Asas halal dan haram dalam Islam

>> Maqasid syariah dan kaitannya dalam industri halal

>> Perlaksanaan dan kaedah sertu dalam industri halal

>> Al Jalalah serta isu - isu berkaitan dalam industri

>> Apa yang anda perlu tahu dalam sembelihan halal di industri

>> Pensijilan halal Selangor semasa pandemik Covid-19

>> Pensijilan halal dan keyakinan masyarakat

>> Halalan Toyyiban: Dimanakah toyyibannya?

>> Pensijilan dan pasaran halal Korea

>> Isu - isu halal dalam produk kosmetik

>> Isu - isu halal dalam produk farmasuetikal

>> Gelatin: Halal atau haram?

>> Isu - isu viral halal: Semak sebelum sebar

>> Keperluan talent dalam industri halal

> > Pengalaman industri: Pengurusan halal di syarikat Mamee Double Decker

>> Pengalaman Ayam Brand dalam menangani isu halal

>> Industri halal di Indonesia


SIAPA YANG PATUT HADIR?

  • Orang awam yang ingin memahami halal dalam industri dan kehidupan (termasuk non muslim)
  • Graduan yang ingin mengetahui dan menerokai potensi industri halal global
  • Mahasiswa diploma / ijazah pertama IPTA & IPTS
  • Mahasiswa peringkat sarjana dan penyelidik
  • Pemilik, pengurusan dan pekerja syarikat pengeluar / pengilang produk
  • Pengedar / penjual /  pengeluar sub-kontrak
  • Pengendali kilang pembungkusan semula
  • Penyedia perkhidmatan makanan dan pemilik restoran / premis makanan
  • Pengendali rumah penyembelihan dan pemprosesan
  • Pemilik, pengurusan dan pekerja dalam industri perkhidmatan pelancongan dan perhotelan
  • Pemilik, pengurusan dan pekerja dalam industri logistik dan pengangkutan
  • Individu yang mahu meneroka kerjaya baru dalam bidang halal
  • Usahawan yang ingin mencari peluang baru berkaitan industri halal


PADA AKHIR PEMBELAJARAN ANDA DI  VIRTUAL HALAL SUMMER CAMP 2020 ANDA AKAN MAMPU:-

=    > Memahami sepenuhnya konsep halal dan toyyiban daripada sudut syariah

=    > Memahami kepentingan praktis halal dalam kehidupan dan industri

=    > Mengetahui dan memahami ekosistem industri halal negara

=    > Mendalami dan mengetahui konsep pensijilan halal dalam industri

=    > Memahami garis panduan, piawaian dan peraturan pihak berwajib di d alam urusan pensijilan halal

=    > Memahami isu-isu semasa berkaitan halal di dalam industri dan kehidupan

=    > Memahami cabaran - cabaran yang perlu dihadapi dalam industri halal

=    > Mengenal pasti peluang - peluang yang ditawarkan oleh industri halal

=      >  Mempromosi kepentingan halal dalam kehidupan dan industri 


SENARAI TENAGA PENGAJAR DAN PAKAR BIDANG HALAL YANG AKAN BERSAMA ANDA DI  VIRTUAL HALAL SUMMER CAMP 2020

Virtual HALAL School - Online Kelas Rasmi VHS

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN


BUTIRAN PESERTA

BUTIRAN PEMBAYARAN